BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 29 Mac 2010

Video-Geometri

Akhir sekali, mari kita menonton satu lagi tayangan video. Semoga pelajar sekalian dapat memahami setiap perkara yang telah diajar.

Selamat Menonton !



Sumber : youtube

Jumaat, 26 Mac 2010

Piramid

Apabila perkataan "piramid" disebut, mesti satu gambar yang terbayang di minda pelajar adalah seperti dalam gambar dibawah...


Bagus, secara lebih terperinci piramid adalah sebuah bentuk yang mempunyai tapak poligon dan disambungkan dengan segi tiga yang bertemu di bucu.Tinggi sesebuah piramid pula di kira jarak ukuran yang bersudut tepat dari tapak ke bahagian bucu piramid. Berikut adalah contoh sebuah piramida yang dilukis dalam 3-D.


Isipada sesebuah piramid dikira dengan menggunakan rumus di bawah;

V = 1/3 X (luas tapak) X tinggi
= 1/3 X A X t
= 1/3 (At)

manakala untuk mencari luas permukaan piramid pula kita boleh menggunakan rumus ini

A = (luas tapak) + 4 (luas segi tiga)

Latihan :

1. Kira jumlah isipadu sebuah piramid jika tapak piramid tersebut berukuran 3cm X 6 cm, manakala tingginya pula adalah 10 cm

Jawapan = _________

2. Cari luas permukaan piramid di bawah


Jawapan = _________

Rabu, 24 Mac 2010

Kon

Sebuah kon mempunyai sabuah tapak bulatan. Kon mempunyai permukaan melengkung dengan satu bucu pada bahagian puncaknya. Tinggi sebuah kon merupakan jarak antara tapak bulatan yang bersudut tepat dengan bucunya. Rajah dibawah menunjukkan contoh sebuah kon.


Berikut adalah beberapa contoh bentuk kon yang terdapat dalam kehidupan kita seharian.




Teka-taki

Tahukan anda kaum manakah yang tinggal dalam rumah yang berbentuk kon?

Jawapan = __________

Bentangan bagi sebuah kon terdiri dari sebuah bulatan yang kecil dan sektor sebuah bulatan yang lebih besar. Untuk pengetahuan, panjang lengkung sektor bulatan sebuah bentangan kon adalah sama dengan panjang lilitan bulatan yang kecil.

Ini adalah contoh bentangan sebuah kon.


Seperti biasa, kita akan belajar mencari isipadu dan juga luas permukaan bagi kon.
Ini adalah formula bagi mencari isipadu kon.

Ini pula adalah formula untuk mencari luas permukaan kon.

Latihan

1. Jika sebuah kon mempunyai tinggi 5 cm dan juga jejari 7 cm. Berapakah isipadu kon tersebut?

Jawapan = _________

2. Sebuah kon hendak dibina dengan isipadu 500 cm2 dan mempunyai ketinggian 10 cm. Berapakah panjang jejari kon yang akan dibina?

Jawapan = _________

Sfera


Tahukah anda perbezaan antara sfera dan bulatan?

Supaya lebih faham, sfera adalah bentuk bola, manakala bulat pula adalah bentuk piring.
Mudah-mudahan selepas ini anda tidak keliru untuk membezakan antara sfera dan bulatan.

Berikut adalah contoh bentuk sfera;

globe

gula-gula lollipop

bumi

guli

Sekarang cuba anda senaraikan 3 benda yang mempunyai bentuk sfera

1.__________
2.__________
3.__________

Sekarang mari kita pelajari cara untuk mengira isipadu dan juga luas permukaan bagi sfera, rajah dibawah akan membantu anda untuk lebih faham cara mengira isipadu dan juga luas permukaan sfera



bagi yang lupa, saya ingatkan kembali bahawa
r = panjang jejari bulatan
n = 22/7

Latihan :

1. Berapa isipadu sebuah sfera jika panjang jejarinya adalah 4 cm?

Jawapan = __________

2. Jika isipadu bagi suatu sfera adalah 5000 cm 3. Berapakah panjang jejari sfera tersebut?

Jawapan = __________

Silinder


Menara Yayasan Sabah adalah contoh terbaik untuk bentuk silinder. Silinder mempunyai dua bulatan di atas dan bawah dan digulung dengan satu petak segi empat.

Rajah di bawah menunjukan contoh bentuk silinder.

Bentangan bagi sebuat silinder pula dapat dilihat seperti di bawah;


untuk mencari isi padu silinder, kit permu menggunakan rumus ini


dengan menggunakan
r = jejari bulatan
h = tinggi silinder
n = 22/7

manakala rumus untuk mencari luas permukaan silinder pula adalah seperti berikut;

A = Luas 2 bulatan + luas segi empat yang melengkung disekeliling bulatan

Latihan

1. Kira isipadu silinder yang mempunyai jejari 7cm dan tinggi 5cm

Jawapan = __________

2. Kira isipadu dan luas permukaan silinder dalam rajah di bawah


Jawapan
i = __________

ii = __________

3. Kira luas permukaan yang mempunyai diameter 21 cm dan tinggi 30 cm

Jawapan = __________

Selasa, 23 Mac 2010

Kuboid

Jika anda sudah faham dengan kubus, topik kali ini pasti tidak jadi masalah untuk anda fahami. Ini kerana, kubus dan kubiod tidak jauh berbeza. Hanya ada satu perbezaan yang jelas antara kubus dan kuboid.

Jika kubus terdiri dari segi empat tepat, kuboid pula terdiri dari segi empat sama. Untuk lebih jelas, cuba lihat gambar rajah di bawah ini.


Bagi mencari isipadu dan luas permukaan kubiod, rumus yang digunakan juga sama dengan rumus bagi kubus.
Isipadu = P X L X T
Luas permukaan = 6 ( P X L X T )

Ini pula adalah contoh bentangan bagi kuboid;

Kubus

Kali ini mari kita belajar tentang kubus. Kubus merupakan salah satu bentuk geometri yang perlu anda tahu. Gambar di bawah menunjukan contoh bentuk kubus.



Isipadu kubus dapat dicari dengan menggunakan formula berikut,
V = L X L X L

Begitu juga luas permukaan kubus, ia juga dapat dicari dengan menggunakan formula berikut;
P = 6(L X L)

Ini kerana (L X L) merupakan formula untuk satu segi empat. Oleh kerana kubus mempunyai 6 muka segi empat, maka ( L X L ) perlu didarabkan dengan 6.

Sekarang mari kita lihat bentangan bagi kubus. Jika anda bayangkan objek yang berbentuk kubus yang mempunyai 3-D itu dapat dibuka dan dibentangkan, anda akan mendapati bahawa, kubus mempunyai bentangan seperti berikut;



Apa kata jika sekarang anda cuba untuk melukis bentangan kubus dalam bentuk yang lain deri contoh yang diberikan.

Isnin, 22 Mac 2010

Aplikasi

Sama ada anda sedar atau tidak, bentuk-bentuk dalam "solid geometry" yang kita pelajari banyak digunakan dalam kehidupan kita seharian. Jika anda tidak percaya, sekarang cuba buka kotak pensel anda dan lihat apa yang ada di dalamnya. Saya pasti anda akan temui beberapa alat tulis seperti pen, pensel, pemadam dan juga pengasah pensel. Sedarkah anda bahawa, semua alat tulis anda tersebut mempunyai bentuk yang kita pelajari..."Solid Geometry".

Sekarang mari kita lihat bentuk asas bagi alat tulis yang ada di dalam kotak pensel anda tadi;

Pen dan pensel

pen dan pensel menggunakan bentuk silinder sebagai bentuk asas

Pemadam dan pengasah pensel

pemadam dan pengasah pensel menggunakan betuk kuboid sebagai bentuk asas

Sekarang cuba anda berikan bentuk goemetri bagi objek berikut;

1. buku
Jawapan : _____

2. bola Jawapan : _____

3. nasi lemak Jawapan : _____

4. telefon bimbit Jawapan : _____

5. ais-krim Jawapan : _____

Selamat Mencuba!

Video on Solid Geometry



Video ini merupakan sedikit contoh "solid geometry" yang perlu dipelajari dan juga beberapa contoh yang ada dalam kehidupan kita seharian.

Selamat belajar!

Pengenalan

"Solid Geometry" merupakan bentuk-bentuk yang asas dalam 3-dimensi. Contoh bentuk asas adalah seperti berikut:

  1. Kubus
  2. Kuboid
  3. Silinder
  4. Sfera
  5. Kon
  6. Piramid
  7. Prisma

Namun begitu, blog ini tidak akan mengulas panjang berkenaan dengan bentuk prisma. Bentuk yang akan dibincangkan secara terperinci adalah semua yang disenaraikan di atas melainkan prisma. Secara ringkasnya, blog ini akan memaparkan perbincangan berkenaan dengan 6 bentuk asas dalam "solid geometry".

Bagi menjadikan anda lebih mudah faham, berikut merupakan contoh bagi bentuk yang akan dibincangkan dalam blog ini.

Kubus










Kuboid










Silinder










Sfera









Kon









Piramid